Thursday, 19 April 2012

Hyperterminal


Apa itu HyperTerminal
-HyperTerminal atau juga lebih dikenali sebagai “hyperterm” adalah program komunikasi yang di datangkan secara percuma bersama keseluruhan sistem  pengoperasian windows. HyperTerminal sebenarnya telah dibangunkan oleh Hilgraeve dan pada awalnya sistem ini digunakan oleh sistem pengkomputeran IBM pada tahun 1985.

Apakah itu yang di kenali sebagai HyperTerminal?
Pada awalnya HyperTerminal adalah untuk membolehkan kita menggunakan saluran talian telefon biasa bagi membina sambungan dial-up hanya diantara  2 komputer atas tujuan memanfaatkannya sebagai sistem pemindahan data ke peranti di dalam sistem.
Namun kini, HyperTerminal adalah sebuah program dengan kepelbagaian fungsi yang boleh kita gunakan untuk berhubung dengan komputer lain, laman telnet, sistem paparan buletin (Buletinbord=BBSs), perkhidmatan dalam talian dan sebagai host komputer samada menggunakan modem, kabel modem atau sambungan ethernet (TCP/IP= winsock) juga tatacara kawasan seperti bit pada saaat (bps).
Apa kegunaan Hyperterminal?
-Walaupun menggunakan HyperTerminal dengan BBs untuk pengaksesan maklumat di dalam komputer remote, ia adalah amalan yang menjadi kurang umum dengan persediaan dari World Wide Web. HyperTerminal masih merupakan alat sokongan yang berguna untuk penyediaan dan pengujian modem, router atau semakan kepelbagaian sambungan yang lain seperti antara komputer. Sekiranya penyambungan dilakukan dengan betul HyperTerminal dapat menghantar arahan dan kita dapat memeriksa hasilnya, dimana dengan kaedah arahan teks pada paparan muka HyperTerminal itu sendiri kita akan dapat melihat paparan penerimaan teks.
Dengan kegunaan HyperTerminal juga kita dapat memindahkan sebarang jenis fail yang besar diantara komputer dengan mengunakan port bersiri. HyperTerminal juga dapat membantu menyelesaikan masalah code debug dari remote terminalnya. Selain itu ia juga dapat digunakan sebagai alat komunikasi. Sebagai sebahagian sambungan dari pengkofigurasian, HyperTerminal juga membolehkan komputer meniru pelbagai jenis terminal seperti TTY, ANSI dan Terminal VTX.
Sebagai peringatan jangalah gunakan HyperTerminal ini untuk keperluan komunikasi yang lebih kompleks. Kita hanya boleh mempunyai satu sambungan terbuka setiap sesi ketika menggunakan HyperTerminal. Walaubagaimanapun kita boleh memulakan dengan beberapa sesi HyperTerminal dengan membuka sambungan baru untuk setiap sesi (disediakan setiap sambungan menggunakan port komunikasi yang berbeza).

No comments:

Post a Comment