Thursday, 19 April 2012

Web Browser


Apa itu Browser ?
-Browser adalah software aplikasi yang berfungsi untuk menampilkan, mengambil dan menginformasikan sumber-sumber yang berasal dari World Wide Web (www).
Secara sederhana browser bisa kita definisikan sebagai sebuah alat bantu yang terinstall pada suatu komputer yang membantu kita untuk menampilkan sumber informasi dari internet.
Browser ini menjadi sangat penting bagi aktifitas internet, oleh karenanya muncul istilah browsing, apa itu browsing? browsing adalah istilah yang digunakan untuk menyebutkan aktifitas seseorang ketika menjelajahi sebuah situs.
Web Browser dapat kita bagi kedalam beberapa jenis, iaitu :
1. Web browser for PC, ertinya browser yang boleh diinstalkan dan digunakan pada komputer PC/Laptop
2. Web Browser for Mobile, ertinya browser yang khusus digunakan pada perangkat moblie seperti : PDA, HP dan sejenisnya.
Untuk web browser PC, ada beberapa kategori lagi, iaitu :
1. Web Browser for Windows iaitu, web browser yang boleh di instal dan digunakan pada OS Windows
2. Web Browser for Linux iaitu, web browser yang boleh di install dan digunakan pada OS Linux
3. Web Browser for Mac iaitu, web browser yang boleh di install dan digunakan pada OS Machintos

Example of web browser:
Browser-browser yang terkenal yang dapat digunakan pada personal komputer adalah Microsoft Internet Explorer, Mozilla Firefox, Opera,Netscape, and Apple Safari. 

Mesin pencari


Apa itu Search Engine ?

Search Engines menemukan itu semua
-Sebuah mesin pencari adalah sebuah aplikasi perisian yang direka untuk menemukan sumber-sumber digital seperti laman web, teks, usenet berita, foto, video, file, dll dengan memasukkan kata kunci. Sesetengah laman web menawarkan enjin pencari sebagai fitur utama, misalnya Google, Bing dan Ask.com dan mereka
perkhidmatan talian sering disebut sebagai mesin pencari.

Bots, spider dan crawler
-Mesin pencari di web terdiri daripada link-mengikuti-teknologi yang disebut bots, spider, crawler atau ejen yang halaman perjalanan secara berkala dan secara automatik (tanpa campur tangan manusia, yang membezakan mereka daripada Direktori) untuk menemukan alamat (URL). Mereka mengikuti hyperlink (laman yang menyambung satu sama lain) bertemu pada setiap laman tercapai. Setiap laman yang dikenalpasti kemudian isi diindeks dalam sebuah database yang dapat diakses oleh pengguna Internet dengan kata kunci masuk.

Search Engine di mana-mana
-Mesin pencari tidak hanya berlaku kepada Internet. Sesetengah enjin perisian dipasang pada komputer peribadi. Ini dikenali sebagai enjin carian desktop yang menggabungkan melalui fail yang disimpan dalam PC dan mencari melalui laman web. 
Contoh: Exalead Desktop, Google Desktop dan Copernic Desktop Search, dll

Cara Efektif Menggunakan Search Engine

-Menggunakan mesin pencari (search engine) merupakan cara yang biasa ditempuh oleh para netters untuk mencari informasi tertentu yang dibutuhkannya di belantara world wide web (www). Namun demikian, tidak jarang penggunaan mesin pencari memberikan hasil yang mengecewakan, semata-mata karena pemakai melakukan query dengan cara yang kurang tepat. Tips-tips berikut diharapkan dapat menuntun anda menggunakan mesin pencari secara efektif untuk menemukan informasi yang anda butuhkan:

1. Gunakan mesin pencari yang tepat
Ditengarai sebagian mesin pencari saat ini, lebih banyak menampilkan iklan daripada hasil pencarian yang sesungguhnya. Disamping itu, banyak pula pengelola situs mesin pencari yang kolaps, lantas tidak lagi mengupdate databasenya. Untuk saat ini, Yahoo dan Google merupakan pilihan yang paling terpercaya.

2. Jangan gunakan keyword yang terlalu umum
Bayangkan, seberapa banyak hasil pencarian yang anda peroleh apabila anda hanya memasukkan kata kunci telescope dalam mesin pencari. Jelas berbeda dengan apabila anda menggunakan kata kunci berupa teleskop dari jenis ataupun merk tertentu.

3. Masukkan keyword secara singkat namun jelas
Banyak orang memasukkan kata kunci yang berderet-deret sehingga malahan mengacaukan hasil pencarian. Menuliskan kata kunci Short biography of astronomer Edwin Hubble akan mengeluarkan setumpuk halaman yang sama sekali tidak berhubungan dengan apa yang dicari dibandingkan dengan keyword yang lebih sederhana, misalnya Hubble biography. Juga perhatikan ejaan dari kata kunci yang anda masukkan. Kesalahan ejaan pada kata kunci dapat membawa anda untuk memperoleh hasil yang jauh dari harapan.

4. Gunakan operator Boolean
Kata kunci “AND”, “OR”, “NOT”, dengan kombinasinya akan sangat membantu menemukan situs-situs yang lebih spesifik. Keyword Hubble AND biography NOT telescope akan membawa anda ke halaman yang membahas tentang biografi Edwin Hubble dan menghindari masuknya halaman tentang teleskop antariksa dengan nama yang sama pada hasil pencarian anda.

5. Gunakan tanda kutip untuk satu frase utuh
Beberapa mesin pencari mensyaratkan penggunaan tanda kutip untuk menunjukkan satu frase kalimat. Misalnya, penggunaan kata kunci Hubble Space Telescope dengan “Hubble Space Telescope” akan memberikan keluaran yang berbeda. Kata kunci yang diapit oleh tanda kutip biasanya akan memberikan hasil yang lebih akurat. Penggunaan tanda kutip juga dapat dikombinasikan dengan operator boolean untuk mendapatkan hasil yang lebih spesifik, misalnya “Hubble Space Telescope” AND launch.

6. Manfaatkan Direktori
beberapa mesin pencari menyediakan fasilitas direktori yang akan membawa anda ke topik-topik tertentu yang sudah diklasifikasikan sedemikian rupa untuk memudahkan proses pencarian. Mesin pencari yang menggunakan direktori antara lain adalah Yahoo, Lycos, dan Altavista. Untuk mencari informasi yang berkaitan dengan Indonesia, disarankan untuk menggunakan direktori lokal Indonesia, misalnya Catcha, SearchIndonesia, Naver, atau Incari.

7. Manfaatkan fitur khusus dari mesin pencari anda
Beberapa mesin pencari tidak saja menyediakan fasilitas untuk pencarian artikel, namun juga file-file multimedia seperti gambar, MP3, dan bahkan rekaman video. Sementara itu, mesin pencari semacam MetaCrawler mengirimkan perintah pencarian ke beberapa mesin pencari sekaligus dan menampilkan hasilnya dalam satu halaman. Anda dapat mempelajari fitur-fitur khusus pada mesin pencari favorit anda untuk mengeksploitasi penggunaannya secara maksimal.

8. Gunakan fungsi “Find” pada browser anda
Ketika mesin pencari mengantarkan anda pada halaman tertentu, anda belum tentu langsung menemukan apa yang anda cari disana. Anggaplah upaya pencarian biografi Edwin Hubble yang anda lakukan membawa anda ke halaman Apa dan Siapa di bagian astronomi pada situs ini. Jangan lantas kebingungan dulu ketika di halaman ini anda tidak menemukan artikel yang anda cari. Gunakan fungsi “Find” [Ctrl-F] pada browser anda dan ketikkan Hubble. Nah, kini anda bisa membaca artikel tentang Edwin Hubble yang anda cari-cari itu.

Virus


Apa itu Virus…???
-Virus adalah sejenis aturcara dibawah golongan perisian penyangak. Di bawah disenaraikan perisian-perisian penyangak yang dikenali umum:
 Perisian Berpepijat(Bug-Ware) Aturcara ini merupakan aturcara komputer biasa yang bertujuan untuk kegunaan baik tetapi mempunyai ralat yang tidak dikesan oleh pengaturcara. Ia mungkin disebabkan kesuntukan masa atau sememangnya pengaturcara itu bebal atau malas. Aturcara ini akan mengakibatkan kerosakan pada data pengguna.
   Kuda Kayu(Trojan Horse) Dinamakan sempena hikayat kuda kayu dalam peperangan pihak Greek dan Trojan pada zaman dahulu, aturcara ini nampak dari segi luarannya seperti aturcara biasa yang digunakan  untuk tujuan baik tetapi mempunyai agenda tersembunyi didalamnya. Kebanyakkan aturcara penyangak di serahkan kepada pengguna sebagai Trojan Horse. Ini termasuk aturcara virus.
  Sumpah-Sumpah(Chameleon) Aturcara ini menyamar seperti aturcara biasa yang dikenali umum tetapi sebenarnya merupakan aturcara jahat. Contoh aturcara ini adalah aturcara yang meminta pengguna memasukkan kata laluan mereka. Kata laluan tersebut kemudiannya digunakan oleh penyangak yang membuat aturcara ini.
   Bom Perisian(Software Bombs) Aturcara ini paling senang dibangunkan. Ia bertindak merosakkan data sebaik sahaja ia diproses.
   Bom Logik (Logic Bombs) Aturcara ini selalunya menyemak sesuatu peristiwa dan melancarnya jika ia menepatinya. Sebagai contoh seorang pengaturcara menyemak maklumat gajinya. Apabila maklumat gajinya dibuang, yang bermakna ia telah dibuang kerja maka aturcara bom logiknya itu akan merosakkan semua maklumat didalam komputer.
   Bom Masa (Time Bombs) Aturcara ini akan bertindak apabila menepati masa  yang ditunggu atau nilai iterasi nya.
   Pereplika (Replicators) Dikenali juga sebagai arnab. Ia mereplikakan dirinya sehingga memenuhi memori dan/atau cekera. Ia dicipta supaya sistem menghadapi masalah sumber sistem yang mengakibatkan sistem komputer menjadi perlahan dan kemudiannya tidak dapat beroperasi.
   Cacing (Worms) Aturcara cacing ini selalunya berjangkit dari satu komputer ke satu komputer lain dalam rangkaian. Ia mereplikasikan dirinya semata-mata untuk menjangkiti komputer lain. Selalunya aturcara ini memasuki komputer dengan senyap dan setelah mendapat apa yang dikehendaki ia akan menghapuskan segala tanda tentang kehadirannya.
   Virus Merupakan aturcara penyangak yang paling diketahui umum. Ia merubah aturcara lain supaya ia dapat menyeludup masuk kedalam komputer. Aturcara ini berupaya mereplikasikan dirinya. Jika ianya dibina dengan teliti ia tidak menukar atribut masa dan saiz atau pun 'checksum' aturcara yang ditumpangnya. Jenis-jenis Virus Terdapat beberapa jenis Virus yang sering menjangkiti komputer.
 Virus Sektor Boot (Boot Sector Virus)
Virus ini menjangkiti sektor boot atau rekod boot utama (master boot rekod). Ia selalunya mengalihkan aturcara asal kesektor lain dan menandakan sektor tersebut sebagai rosak. Ia kemudiannya mengisi sektor boot terbabit dengan aturcara penyangak. Kebanyakan virus adalah dari jenis ini. Ia sangat popular kerana kerana ia agak susah dikenali kerana ia dibaca pada awal-awal lagi semasa komputer baru dibuka. Ia juga dapat mengawal komputer sebelum aturcara lain dapat diproses. Virus jenis ini menjangkiti komputer dengan satu cara sahaja iaitu apabila pengguna memulakan komputer dengan disket yang telah dijangkiti beraada dalam pemacu disket. Ia selalunya akan tinggal dalam memori supaya dapat menjangkiti disket lain
  
 Virus Yang Menjangkiti Fail Virus ini menjangkiti fail yang boleh dilaksanakan iaitu fail yang mempunyai nama tambahannya .exe ,.com,.sys,.dll, drv dan juga .ovl. Banyak juga virus yang meresapi fail command.com. Virus akan mempastikan apabila file ini dibaca oleh komputer, arahan dari virus ini akan dilaksanakan dahulu. Arahan ini kemudianya akan kekal didalam memori untuk menjangkiti fail-fail lain. Kebanyakan virus yang bijak selalunya masih menjalankan arahan asal supaya pengguna tidak merasa sangsi akan aturcara berkenaan  Virus Polymorphic Virus jenis ini adalah diantara virus yang susah hendak dikesan kerana ia sentiasa berubah wajah. Ini dilakukan supaya perisian anti virus tidak mudah mengesannya berdasarkan sesuatu bentuk atau corak. Aturcara virus jenis ini sebenarnya mempunyai kebolehan merubah kodnya dengan menggunakan kod rahsia yang sering berubah algorithmanya.
 Virus Stealth Virus jenis ini cuba mengelak dari dikesan oleh sistem pengendalian dan juga perisian anti-virus. Virus jenis ini akan sentiaasa berada dalam memori dan memintas sebarang cubaan untuk mengesannya dengan memberikan maklumat palsu. Ia akan menyorok segala perubahan pada saiz fail, struktur direktori dan lain-lain aspek sistem pengendalian. Oleh kerana ia sentiasa berada dalam memori ini bermakna ruang memori tambahan telah digunakan. Bagaimana pun virus ini akan menyorok maklumat ini dari sistem pengendalian dan perisian anti-virus. 
Virus Multi-partite Virus jenis ini selalunya menjangkiti sektor boot dan juga fail yang boleh dilaksanakan. Mereka adalah perian virus yang paling sukar hendak dikesani kerana ia menggunakan teknik pelbagai seperti teknik stealth dan juga polymorphic. 
Virus Macro Virus Macro menjangkiti fail dokumen Microsoft word. Macro merupakan senarai arahan atau template. Virus ini adalah merbahaya kerana ia telah menukar persepsi ramai bahawa virus hanya akan berjangkit jika sebuah fail itu dilaksanakan dan bukannya setakat dibaca. Virus Macro merebak apabila dokumen dibaca menggunakan perisian Winword.exe. Ia senang merebak kerana dokumen Words digunakan hampir seluruh pengguna komputer dan sentiasa dikongsi. Makro yang digunakan oleh pereka virus ini selalunya disimpan dalam template global iaitu Normal.dot yang digunakan oleh semua dokumen Words.
Artikel Macro Virus FAQ menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan virus ini. Microsoft ada mengeluarkan aturcara yang dapat membantu pengguna dalam mengesan virus ini. Fail readme disediakan sebagai penerangan.




Cara Virus Berjangkit…
-Seperti yang diperkatakan diatas, virus akan berjangkit apabila seseorang menggunakan perisian yang sudah dijangkiti. Perisian ini selalunya diedar melalui diskette atau pun melalui rangkaian komputer. Sebagai contoh, senario dibawah sering berlaku;
    • Pembuat virus akan mengedar virus ini dengan bersama dengan sebuah perisian permainan yang menarik. Perisian ini diletakkan dalam internet dan diedarkan secara percuma.
    • Seorang pelajar telah memunggah perisian ini kedalam komputer di makmal dan bermain dengan permainan ini. Komputer dalam makmal ini telah dijangkiti.
    • Seorang teman berminat dengan permainan ini menyalinnya kedalam disket dan bermain di komputer dirumahnya dan menjangkit komputer dirumahnya..
    • Seorang lagi pelajar menggunakan komputer yang telah dijangkiti tadi untuk membuat kerja kursus dan menyimpan hasil kerjanya kedalam disket. Semasa menyalin kerja kursusnya, aturcara virus yang ada dalam memori telah menyelinap masuk kedalam sektor boot disket ini. Keesokkanya pelajar ini ingin memperkemaskan lagi kerja kursusnya telah dapat menggunakan sebuah kemputer lain yang tidak digunakan. Semasa mengguna komputer telah berlaku ralat pada komputer dan pelajar tersebut terpaksa memulakan semula komputer tanpa menyedari yang disketnya masih dalam pemacu cekera. Terdapat ralat yang mengatakan disket tadi bukanya disket sistem yang boleh digunakan untuk memulakan komputer. Virus telah pun masuk kedalam komputer ini. Pelajar mengeluarkan disket dan tekan sebarang kekunci dan komputer kembali beroperasi bersama virus ini yang telah pun menjangkiti rekod boot utama komputer ini.
    • Seorang bapa telah menggunakan komputer untuk membuat kertas kerja menggunakan komputer dirumahnya yang telah dijangkiti virus dan kemudian memperkemaskan kertas kerjanya dengan komputer dipejabat dan menjangkiti komputer tersebut. Komputer ini akan menjangkiti disket lain dan begitulah seterusnya.
    • Sebagai rumusan, komputer berjangkit melalui disket atau rangkaian. Ia menjangkiti disket yang boleh ditulis dan fail yang boleh dilaksanakan. Aturcara yang telah dijangkiti akan berjangkit pada cekera atau aturcara lain apabila dilaksanakan.

*Cara Menghindar Dari Dijangkiti Virus
  • Semua disket perlu diperlindung supaya tidak dapat ditulis melainkan jika perlu sahaja.
  • Semak disket dengan perisian anti-virus sebelum menggunakannya
  • Disket yang telah digunakan ditempat lain termasuk dirumah perlu disemak
  • Laporkan sebarang peristiwa yang mencurigakan. Semak kehadiran virus jika gerak kerja biasa mendatangkan keputusan yang tidak dijangka
  • perhatikan jumlah ruang cekera yang masih kosong
  • perhatikan fail yang bertukar dengan melihat mengikut turutan tarikh
  • semak sektor yang rosak
  • Semak semua fail yang didapati dari komputer lain
  • Pastikan pemacu cekera liut terbuka semasa memulakan komputer
  • Tukarkan turutan mulakan komputer menggunakan cekera keras C dahulu sebelum cekera A
  • Gunakan perisian antivirus untuk menyemak fail sekurang-kurangnya seminggu sekali dengan memulakan komputer menggunakan disket antivirus selepas menutup komputer sekurang-kurangnya seminit.
  • Sebaiknya pasangkan perisian antivirus jenis TSR yang dilaksanakan semasa memulakan komputer dan sentiasa berada dalam memori untuk menyemak aturcara atau disket.
  • Buat salinan semua data dan fail sistem penting iaitu:
    • Sektor boot, Partition Table dan maklumat CMOS
    • Arahan DOS utama iaitu command.com, fdisk, mirror, format, fail MSAV dan debug
    • Fail autoexec.bat dan config.sys

Apakah tanda-tanda komputer anda dijangkiti ???
  • komputer menjadi perlahan
  • aturcara biasa mengambil masa untuk dimulakan
  • aturcara mencapai beberapa cekera walaupun sebelumnya tidak begitu
  • aturcara membuat capaian cekera dengan kerap walau sebelumnya tidak begitu
  • ruang cekera berkurang dengan cepat
  • jumlah sektor yang rosak bertambah
  • ruang memori berkurang dengan cepat
  • terdapat aturcara dalam memori yang tidak dikenali sebelumnya (guna arahan MEM)
  • aturcara biasa dijalankan tiba-tiba terhenti dan rosak
  • mesej pelik dipaparkan
  • perkara pelik atau lawak berlaku pada komputer anda
  • fail-fail tiba-tiba hilang
  • fail-fail digantikan dengan kandungan aneh>
  • atribut fail bertukar
  • semakan menggunakan perisian anti-virus mengatakan ada virus

Apakah Yang Perlu Dilakukan Setelah Dijangkiti Virus…???
  • catitkan mesej di layar paparan, jenis virus jika diketahui, fail yang dijangkiti
  • imbas balik apa yang dilakukan sebelum dijangkiti
  • kumpulkan disket yang berdekatan dan dari pemacu untuk disemak
  • semak senarai virus dari intranet atau internet dan bandingkan mesej atau peristiwa yang berlaku
  • tutup komputer
  • mulakan komputer menggunakan disket anti-virus yang suci dan tidak boleh ditulis
  • catit mesej tentang fail yang dijangkiti dan cuba mencucinya dari virus
  • mulakan semula komputer menggunakan cekera keras
  • semak semua cekera liut yang disyaki
  • jika cekera liut tidak boleh dibersihkan formatkannya(fail akan hilang)
  • untuk memulihkan fail cuba salin ke tempat lain menggunakan pelbagai cara
  • untuk pulih dari cluster hilang laksanakan arahan chkdsk /f dan periksa fail file#### .chk
  • untuk memulihkan FAT, salin FAT yang tidak rosak ke salinan utama (memerlukan utiliti Norton)
  • untuk memulihkan dari kerosakan rekod boot utama MBR laksanakan arahan fdisk /mbr dan masukkan maklumat partition table secara manual.
  • untuk memulihkan sektor boot dan fail io.sys serta msdos.sys, laksanakan arahan sys [d:]
  • gantikan fail command.com dengan yang bersih

CDN


Apa itu Content Delivery Networks…???

-CDN ialah satu sistem yang mengandungi data yang disimpan di pelbagai rangkaian berkomputer. CDN bertujuan untuk menghantar kandungan tertentu laman web, seperti imej, audio, video dan kandungan statik yang lain. Ia bertujuan untuk membuat laman web anda dapat diakses dengan lebih pantas kerana sistem ini menggunakan konsep ‘cache’. Kandungan seperti imej, audio, video, css, js, dan lain-lain kandungan statik akan disimpan di dalam cache server CDN yang berasingan dari server web anda. Ini menyebabkan setiap akses dapat mengurangkan pengunaan bandwidth atau memory yang di tanggung web server tersebut, kerana akses untuk kandungan seperti fail imej, css, js dan lain-lain kandungan statik akan dimuaturun dari server CDN yang menyimpan fail tersebut dalam ‘cache’ nya. Untuk lebih memahami konsep CDN anda boleh lihat pada rajah di bawah.





Rajah menunjukkan, apabila seseorang pengguna itu memuat turun objek fail seperti imej, css, jss dll. (cth: imej untuk tema laman web).  Pengguna itu akan di bawa ke server CDN (cth: cdn.mynameisham.net ialah CNAME kepada server CDN).  Server CDN akan mencari ‘cache’nya untuk fail-fail tersebut. Jika fail tersebut ada dalam simpanan ‘cache’ server CDN tersebut. Fail tersebut akan di ‘load’ dan di muat turun oleh pengguna. Sekiranya fail yang diminta tiada dalam simpanan ‘cache’, pengguna tersebut akan memuat turun terus fail tersebut dari server asal (cth: www.mynameisham.net). Biasanya server asal hanya akan memproses fail-fail bukan statik (cth; server side script seperti php, asp, jsp, cgi). Oleh itu ini akan mengurangkan penggunaan server asal untuk setiap akses dari pengguna dengan bantuan server CDN.

Kebaikan Mengunakan Content Delivery Networks

-Untuk makluman anda laman web MyNameIsHam’s Network juga mengguna server CDN. Anda mungkin tidak perasan tetapi setiap kali anda mengakses laman web ini, beberapa fail contohnya imej-imej untuk yang berada di page web ini dimuat turun dari server CDN dan bukan secara langsung dari server web MyNameIsHam’s Network. Untuk mengetahui kebaikan menggunakan CDN, sila baca kandugan berikut:
1.     Mengurangkan latency: CDN menggunakan konsep menyimpan kandungan web statik (cth: fail imej, css, js, dsb.) dan disimpan di pelbagai rangkaian komputer. Sesetengah rangkaian komputer CDN akan beroperasi berasaskan kedudukan geografi. Contohnya, katakan web server anda berada di Malaysia tetapi pengunjung anda berada di Cina, dengan penggunaan CDN kandungan laman web anda akan dipetakan atau diakses dari server CDN yang terdekat. Contoh paling mudah ialah laman web Facebook, dengan jutaan akses daripada pelbagai negara pada satu-satu masa akan menyebabkan ‘server load’ akan bertambah oleh itu Facebook sendiri menggunakan server CDN  yang sesuai dan berada berdekatan dengan lokasi geografi pengunjung untuk menghantar kandungan laman web mereka kepada pengujungnya dan ini meningkatkan kecekapan serta kepantasan dalam setiap akses dan mengurangkan latency.
2.     High Avaibility: dengan menggunakan CDN, anda akan sedikit sebanyak mengatasi masalah akses dan trafik yang tinggi pada satu-satu masa. CDN cuba dapat mengurangkan HTTP 5xx Response Codes kepada pengunjung anda. Oleh itu laman anda sentiasa dapat diakses dengan baik pada setiap masa.
3.     Meningkatkan offload: Ini ialah salah satu kebaikan menggunakan CDN. Jika anda mengunakan CDN setiap kandugan web statik akan disimpan oleh ‘cache’ server CDN anda sehingga fail tersebut luput dari ‘cache’.  Ini akan menyebabkan request offload server anda lebih baik (Fail statik anda hanya akan di muat turun dari server asal ketika fail anda luput dari ‘cache’).

Di Manakah Saya Boleh Menggunakan Perkhidmatan Content Delivery Networks Ini?

Terdapat banyak perkhidmatan CDN yang boleh digunakan. Memandangkan laman web MyNameIsHam’s Network sendiri. Oleh itu kami akan mengsyorkan anda menggunakan perkhidmatan CDN yang digunakan oleh laman web ini iaitu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Exabytes (my). Exabytes (my) menawarkan perkhidmatan CDN secara percuma untuk setiap 25 GB kandugan CDN.  Berikut ialah ringkasan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka

Hyperterminal


Apa itu HyperTerminal
-HyperTerminal atau juga lebih dikenali sebagai “hyperterm” adalah program komunikasi yang di datangkan secara percuma bersama keseluruhan sistem  pengoperasian windows. HyperTerminal sebenarnya telah dibangunkan oleh Hilgraeve dan pada awalnya sistem ini digunakan oleh sistem pengkomputeran IBM pada tahun 1985.

Apakah itu yang di kenali sebagai HyperTerminal?
Pada awalnya HyperTerminal adalah untuk membolehkan kita menggunakan saluran talian telefon biasa bagi membina sambungan dial-up hanya diantara  2 komputer atas tujuan memanfaatkannya sebagai sistem pemindahan data ke peranti di dalam sistem.
Namun kini, HyperTerminal adalah sebuah program dengan kepelbagaian fungsi yang boleh kita gunakan untuk berhubung dengan komputer lain, laman telnet, sistem paparan buletin (Buletinbord=BBSs), perkhidmatan dalam talian dan sebagai host komputer samada menggunakan modem, kabel modem atau sambungan ethernet (TCP/IP= winsock) juga tatacara kawasan seperti bit pada saaat (bps).
Apa kegunaan Hyperterminal?
-Walaupun menggunakan HyperTerminal dengan BBs untuk pengaksesan maklumat di dalam komputer remote, ia adalah amalan yang menjadi kurang umum dengan persediaan dari World Wide Web. HyperTerminal masih merupakan alat sokongan yang berguna untuk penyediaan dan pengujian modem, router atau semakan kepelbagaian sambungan yang lain seperti antara komputer. Sekiranya penyambungan dilakukan dengan betul HyperTerminal dapat menghantar arahan dan kita dapat memeriksa hasilnya, dimana dengan kaedah arahan teks pada paparan muka HyperTerminal itu sendiri kita akan dapat melihat paparan penerimaan teks.
Dengan kegunaan HyperTerminal juga kita dapat memindahkan sebarang jenis fail yang besar diantara komputer dengan mengunakan port bersiri. HyperTerminal juga dapat membantu menyelesaikan masalah code debug dari remote terminalnya. Selain itu ia juga dapat digunakan sebagai alat komunikasi. Sebagai sebahagian sambungan dari pengkofigurasian, HyperTerminal juga membolehkan komputer meniru pelbagai jenis terminal seperti TTY, ANSI dan Terminal VTX.
Sebagai peringatan jangalah gunakan HyperTerminal ini untuk keperluan komunikasi yang lebih kompleks. Kita hanya boleh mempunyai satu sambungan terbuka setiap sesi ketika menggunakan HyperTerminal. Walaubagaimanapun kita boleh memulakan dengan beberapa sesi HyperTerminal dengan membuka sambungan baru untuk setiap sesi (disediakan setiap sambungan menggunakan port komunikasi yang berbeza).